Pengacara TV3, Mazidulakmal Sidik dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini kerana dituduh menyalah guna dadah.Mazidulakmal, 40, bersama Fadzli Ramli, 40; Johari Sarkon, 34; dan dua wanita, Tumijah Adras, 34; dan Umaisyah Abdul Rahim, 25, mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan memasukkan dadah methamphetamine ke dalam tubuh mereka di Bilik 88, Groove City Sdn. Bhd., Nombor 19, Jalan Abdullah Tahir di sini, pada 2.45 pagi Sabtu lepas.

Majistret Rasidah Roslee membenarkan jaminan RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 24 Sept. untuk perbicaraan.

Dakwaan mengikut Akta Dadah Berbahaya itu membawa hukuman denda sehingga RM3,000 seorang, jika sabit kesalahan.

Mazidulakmal dan Fadzli diwakili peguam, A. Vimala, manakala Tumijah dan Umaisyah tidak diwakili peguam.

Pendakwaan dilakukan oleh Cif Insp. David Chong Seng Yong.