Oleh Dr Mahmoud Mohamad SH – Laman M@rhaen

Sekurang-kurangnya lapan atau dua belas orang pemimpin Pas telah dikenal pasti telah menjadi perkakas kepada Umno. Mereka ini terdiri dari ahli dewan Pemuda Pas dari satu kawasan Pas yang dikira kubu kuat Pas di Kelantan sejak tahun 1969 lagi.

 

Sementara beberapa orang lagi termasuklah seorang pemimpin kanan dalam Dewan Harian Pas Kelantan. Mereka ini bersekongkol sepenuh hati dan sepenuh jiwa dengan broker politik yang menyamar sebagai ahli Pas.

 

Sudah lama mereka bersahabat dan makan minum dengan broker dan pencaci politik ini. Sebenarnya ada pihak yang menyedarinya tetapi sukar untuk memisahkan mereka. Mereka ini sudah bertaut badan dan roh. Hubungan mereka siang dan malam.

 

Sudah banyak juga wang yang diterima daripada broker berkenaan.  Broker berkenaan sanggup memberi apa saja kepada perkakas ini asalkan tujuannya tercapai. Wang ringgit dan kebendaan disedia sepenuhnya oleh Umno.Terbaru sebanyak RM15 ribu ringgit.

 

Pernah satu masa broker ini dilihat bersama Annuar Musa di sebuah hotel di Kota Bharu. Dan pada masa yang sama, orang ini juga pernah bersama Annuar Musa di sebuah hotel di
Kuala Lumpur! Apakah orang ini yang memberikan maklumat tentang Pas kepada Annuar? Kita cerita di siri akan datang.

 

Adalah
malang dan menyedihkan sekali apabila mengetahui orang-orang ini sanggup
 menjadi perkakas. Mereka sudah terperangkap. Walhal mereka adalah harapan ahli dan penyokong Pas untuk memimpin Pas di masa akan datang. Mereka sebenarnya berpotensi dan berbakat untuk menjadi pemimpin besar Pas. Apalah akan jadi dengan Pas di masa depan kalau mereka yang menjadi harapan parti pun bersedia mengkhianati parti.

 

Di mana silap maka mereka ini boleh terperosok ke dalam jambatan tahi Umno, tidak dapat dipastikan. Apakah umpan dan perangkap yang digunakan oleh Umno? Tetapi yang jelasnya mereka ini tidak mempunyai jati diri dan kekuatan iman. Mereka mudah menggadaikan prinsip dan keimanan (perjuangan) dengan wang ringgit dan sedikit kemewahan duniawi yang tidak seberapa.

 

Modul operandi Umno dalam menggunakan orang-orang ini ialah memburukkan sesama sendiri. Umno tahu kalau mereka memburukkan pemimpin Pas rakyat Kelantan tidak akan percaya. Maka mereka gunakan orang-orang bersifat anak hantu ini untuk memburukkan Pas. Mungkin bagi orang Pas yang tidak banyak pengetahuan akan mudah mempercayai dakyah yang dilemparkan oleh pemimpin mereka sendiri.

 

Dengan hanya menerima sedikit bayaran, kemewahan dan di bawa ke hotel bertaraf
lima bintang, makan mee rebur mamak atau cendoi  mereka lakukan apa saja. Mereka mudah termakan dengan hasutan dan fitnah orang ini untuk menghentam kawan dan sahabat mereka sendiri.Orang-orang ini peranginya lebih buruk daripada Melayu di Ijok yang bersikap menolak Melayu!

 

Kerja-kerja memburukkan sesama sendiri sudah pun bermula. Dalam satu mesyuarat kawasan Pas telah naik sepanduk mengecam pemimpin Pas sendiri. Kejadian seperti ini tidak pernah berlaku dalam Pas. Sepanjang sejarah Pas yang saya ingat dan harungi tidak ada orang Pas menaikan sepanduk mengecam pemimpin Pas lain. Yang ada adalah puji-pujian.

 

Kecualilah semasa zaman Datuk Mohd Asri Muda. Tetapi kalau diteliti dan dikaji, orang mengecam Asri dan menaikan speanduk mengutuknya ialah orang-orang upahan Umno, bukan orang Pas. Tidak ada orang Pas yang tergamak untuk memakan daging sahabatnya sendiri.

 

Tetapi dalam era kepimpinan ulama – pimpinan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat ini, ada orang yang sanggup memakan daging saudaranya sendiri kerana sedikit upah. Mereka sanggup mencaci dan mudah menerima apa saja yang disuap oleh orang yang menjadi perantara dengan taukeh Umno. Ertinya orang ini lebih teruk dan lebih buruk daripada orang Umno.

 Persoalannya apakah Nik Aziz selaku Muryidul Am Pa tidak memantau perkara ini? Apakah beliau tidak tahu gejala yang sedang menyusup dalam Pas Kelantan saat ini? Kita bimbang dan tidak mahu Nik Aziz yang dianggap wali dan agung akan meninggalkan satu legasi yang memalukan selepas persaannya kelak! Bersambung….
 
Dr Mahmoud Mohamad SH.