Oleh Dr Mahmoud Mohamad SH – Laman M@rhaen

ISU pembotakan tanah tinggi Lojing, Gua Musang telah pun reda. Umno tidak memperolehi keuntungan yang banyak menerusi isu yang ditimbulkan secara tidak ikhlas itu. Umno tidak mencapai maksudnya untuk menjadikan isu Lojing sebagai isu utama di Kelantan bagi mempengaruhi pemikiran rakyat pada pilihan raya umum akan datang.

Umno memang berhajat mahu menjadikan isu Lojing itu sebagai isu popular. Umno mahukan rakyat Kelantan marah dengan Kerajaan Kelantan mengenai isu itu. Maksud Umno ialah mereka mahu rakyat menolak kerajaan Pas pada pilihan raya akan datang dan digantikan dengan mereka yang kononnya lebih prihatin dan mesra alam.

Sekarang ini isu Lojing sudah pun reda. Dipercayai seminggu dua lagi ia akan hilang terus. Umno tidak bekeupayaan untuk membalas balik tangkisan Pas terhadap isu berkenaan.

Dalam pertarungan isu Lojing itu Umno kalah teruk. Tidak ada apa-apa manfaat yang dikutip oleh Umno bersabit isu itu kerana ia seolah seperti mendedah pekung di dada sendiri. Sebenarnya dalam isu Lojing ia merugikan reputasi Umbo sendiri khasnya dalam membina hubungan mereka dengan istana Kelantan.

Bagaimana pun orang Pas tidak seharusnya merasa senang dan selamat apabila isu tidak menjadi. Orang Pas dan pemimpinnya kena ingat Umno Kelantan khasnya Annuar Musa tidak akan duduk diam. Mereka akan mencari dan mereka apa saja isu yang boleh dijual kepada rakyat Kelantan. Mereka tidak akan mendiamkan diri begitu saja.

Isu peribadi mungkin tidak digemari untuk dimainkan oleh Annuar Musa. Kerana beliau sendiri mempunyai banyak masalah peribadi. Masalah skandal projek kehilangan wang PPRT berjumlah puluhan juta masih membelenggu bekas menteri itu. Annuar sangat bimbang kalau dia menimbulkan isu peribadi pemimpin Pas, isu peribadinya juga akan didedah atau diulang cetak sekali lagi.

Apa yang mungkin masih menjadi rahsia hari inilah mengenai strategi Umno hendak melumpuhkan Pas daripada dalam. Mungkin perkara ini masih belum terfikir oleh orang Pas. Mungkin juga oang Pas tidak percaya kalau ada orang Pas sanggup menjadi alat kepada Umno (Annuar) untuk menghancurkan Pas.

Tetapi hakikatnya, Umno kini sedang memulakan kerjanya dengan menyusup masuk ke dalam Pas. Selangkah demi selangkah Umno mendekati Pas dengan menjadikan orang-orang tertentu sebagai jambatan. Selepas Umno merasakan sukar untuk menyerang Pas secara fizikal, maka mereka mengubah taktik dengan menyerang Pas daripada dalam. Sekian peruntukan wang jutaan ringgit disediakan untuk tujuan ini.

Untuk tujuan ini, Umno sudah mengenal pasti beberapa orang Pas termasuk pemimpin di peringkat kawasan dan juga negeri untuk bersekongkol dengan mereka. Umno kini sedang mengenal sesiapa di kalangan Pas yang dirasakan boleh didekati kemudian menjadi baruan untuk menjalankan peranan mereka.

Pemimpin Pas yang bermasalah antara jenis mereka yang dikenal pasti dan sedang didekati!

Pendedahan ini mungkin mengejutkan. Sebenarnya usaha ini bukan di peringkat permulaan, tetapi ia sudah masuk ke peringkat pertama. Maksudnya orang Umno bukan lagi setakat berkawan dengan orang-orang Pas tertentu, tetapi sudah kerap minum di hotel dan pernah pun dibawa ke rumah malahan ada pun yang sudah menerima habuah.

Perkembangan ini wajar diberi perhatian oleh seluruh pemimpin Pas, khasnya Nik Aziz Nik Mat, Husam Musa, Takiyuddin Hassan, Nik Amar Arshad dan lain-lain. Pas tidak boleh memandang remeh mengenai perkara ini sebelum keadaanya lebih jauh. Sebelum orang Pas berjaya dijinak dan dijerat oleh Umno mereka harus mengenal pasti dan menyuntikkan vaksin pencegah agar virus berbahaya ini tidak merebak.

Bersambung….
 

Dr Mahmoud Mohamad SH.