Oleh Dr Mahmoud Mohamad SH – Laman M@ehaen

Orang Pas yang sanggup menjadi alat dan perkakas ialah mereka yang tidak mempunyai roh perjuangan Islam sebenarnya. Mereka ini menyamar sebagai pejuang Islam dengan memakai kupiah dan pakaian baju (Islam) ala-ala baju
Pakistan.

 

Kalau mereka ini bergelar ustaz atau anak kepada ustaz, mereka adalah orang yang sudah lama tersampuk oleh hantu dan jembalang kebendaan.

 

Untuk tujuan itu Umno memerlukan wang yang banyak. Tetapi banyak itu tidaklah sampai bernilai RM500 juta atau RM400 juta seperti mana komisen yang broker menjual beli senjata dapatkan. Mungkin kalau mereka ditawarkan ratusan ribu sudah mencukupi!

 

Mereka ini akan menjadi terkejut kucing melihat sebegitu banyak jumlah wang. Pun begitu wang sebanyak itu bukan juga yang baru. Kerana mereka ini pernah mendapat wang sebegitu banyak. Dalam satu peristiwa di hotel Riverview pada tahun 2003 ada pemimpin Pas peringkat bahagian menerima duit satu guni bernilai RM1.3 juta tiap seorang hasil jualan syarikat balak!

 

Jadi soal wang dan duit ini tidak asing lagi kepada sesetengah orang Pas yang tersampuk oleh jembalang kebendaan.

 

Berdasarkan itu, wang ratusan tidak lagi mengejutkan malahan sudah menjadi budaya. Mungkin menyedari itulah maka Umno mengubah taktik menggunakan wang untuk memerangkap orang Pas. Dan Umno rela dan sanggup menyiapkan seberapa banyak wang yang diperlukan asalkan hajat mereka tercapai.

 

Berapakah Umno siapkan duit untuk membeli orang-orang Pas ini? Jangan terkejut kalau dikatakan ianya bernilai RM10 juta. Siapakah yang menyediakan wang berkenaan? Jangan terkejut kalau dikatakan ianya dari pemimpin Umno Kelantan sendiri. Dari mana wang itu diperolehi? Jangan terkejut kalau wang itu dikorek daripada agensi-agensi kerajaan Persekutuan atau pun daripada saku para kontrektor yang mendapat projek di bawah RMK-9.

 

Itulah yang dapat didengar dan diketahui. Umno sudah menyiapkan peruntukan sebanyak RM10 juta. Wang itu akan dibelanjakan bila-bila masa saja. Sekarang ini proses mengenali orang (dan setengahnya sudah pun ada) yang bersedia menerima wang itu sudah pun dibuat. Khabarnya sebanyak RM15 telah diberikan kepada orang-orang Pas terpilih untuk digunakan berbuat sesuatu.

 

Manakala modus operandinya juga sudah dikenal pasti. Agen Umno telah menyediakan pelan dan strategi bagaimana hendak memulakan kerja terkutuk itu. Pelannya agak tersusun juga dan canggih. Pelan ini telah pun dimulakan pada peringkat satu kawasan? Apa yang mengejutkan antara orang yang dipilih oleh Umno ialah anak pemimpin tertinggi Pas sendiri. Ah….!

 

Peristiwa
cuba membeli dan menculik Adun Kemuning, Zakaria Yaacob tidak lama dulu boleh dijadikan panduan. Adun itu ditawar RM1 juta oleh orang tertentu di dalam Umno bagi mendorong Adun itu meninggalkan Pas. Wang sebanyak RM350 telah pun dihulurkan kepada Adun berkenaan, tetapi nasib baik Adun berkenaan tidak lekas kelabu mata.

 

Apakah kata kalau Zakaria kelabu mata mungkin kerajaan Pas hari ini sudah hancur. Peristiwa itu dan orang yang terlibat dengan kejadian itu tidak mati dan ia adalah dari Umno. Maka usaha itu akan diteruskan. Tidak musthil kalau orang yang sedang mencuba untuk membeli orang-orang Pas hari ini adalah orang yang sama menawarkan wang kepada Zakaria?

 Sesungguhnya strategi menggoda orang Pas dengan wang sedang rancak berjalan! Bersambung….
 
Dr Mahmoud Mohamad SH.